Selamat Menyambut Tahun Baru 2021
Assalammualaikum wbt.
Salam sejahtera dan selamat menyambut tahun baru kepada semua penduduk Raub tanpa mengira agama dan kaum. Tahun 2020 telah berlalu pergi membawa suka duka kehidupan setiap insan, suka duka harapan yang dibina, jatuh bangunnya politik tanah air. Sejak kecil kita dikhabarkan negara yang kita cintai ini akan mencapai taraf negara maju menjelang wawasan 2020. Namun impian hanya tinggal impian kita gagal mencapai sasaran wawasan 2020.
Pasca PRU 14, kita mengharapkan kerajaan baru yang bersih daripada isu-isu rasuah, kleptokrasi, penyalahgunaan kuasa, perkauman dan pelbagai isu yang telah dimainkan sejak merdeka dalam mencari jalan pengekalan kuasa.
Namun demikian apa yang diharapkan tidak mencapai sepenuhnya akibat dominasi parti yg liberal dan bersifat cauvanis dan juga sosialis tanpa memahami intipati perlembagaan negara serta wasiat raja-raja Melayu. Hak Islam dan orang Melayu dicabar terang- terangan mengakibatkan kewujudan ketidakpuasan hati kaum yang lebih dominan.
BERSATU lahir hasil daripada kesepakatan pimpinan melayu yang tidak mahu melihat kehancuran negara akibat manipulasi pimpinan sebelum PRU14. Veteran politik melayu dari UMNO dan NGO bangkit keluar daripada pertapaan, keluar dari barisan kerajaan BN tinggalkan kedudukan pangkat dan kuasa dalam menjaga hak rakyat. Hutang yang begitu tinggi ditinggalkan akibat projek 1MDB dan SRC yang hanyalah satu penipuan semata-mata merompak dan menyamun wang rakyat.
YAB TSMY, Tun M, DS Shafei Apdal adalah 3 tokoh utama menggerakkan api semangat rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama menjatuhkan rejim ini.
Tahun 2020 sepatutnya tahun menggapai kegemilangan tetapi gagal mencapai visinya. Bencana Pandemic Covid 19, kemerosotan ekonomi, penganguran mengisi kalendar kalendar 2020.
Melangkah ke tahun 2021, marilah kita bersama-sama hindari sengketa politik demi survival bangsa Malaysia yang didominasi kaum Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak serta kaum pribumi asli.
Bagi tempatku dibesarkan di daerah Raub yang tercinta ini, marilah kita menuju kepada pembaharuan dari segi pemikiran kita, pendidikan hubungan antara kaum dan agama. marilah kita eratkan hubungan sesama kita diwaktu yang sukar ini dengan saling mengambil berat, bantu-membantu antara satu sama lain. Walaupun kita digemparkan isu penyalahgunaan kuasa, tanah haram, air dan sebagainya, janganlah membuat kita leka atau tidak apa kerana perubahan tidak akan datang tanpa ada kesedaran. Allah SWT tidak akan mengubah sesuatu kaum jika kaum itu sendiri tidak berusaha mahu berubah. Selamat Tahun Baru dari saya dan keseluruhan pimpinan Perikatan Nasional.
Ulasan
Catat Ulasan