Selamat Menyambut Tahun Baru 2021
A ssalammualaikum wbt. S alam sejahtera dan selamat menyambut tahun baru kepada semua penduduk Raub tanpa mengira agama dan kaum. Tahun 2020 telah berlalu pergi membawa suka duka kehidupan setiap insan, suka duka harapan yang dibina, jatuh bangunnya politik tanah air. Sejak kecil kita dikhabarkan negara yang kita cintai ini akan mencapai taraf negara maju menjelang wawasan 2020. Namun impian hanya tinggal impian kita gagal mencapai sasaran wawasan 2020. Pasca PRU 14, kita mengharapkan kerajaan baru yang bersih daripada isu-isu rasuah, kleptokrasi, penyalahgunaan kuasa, perkauman dan pelbagai isu yang telah dimainkan sejak merdeka dalam mencari jalan pengekalan kuasa. Namun demikian apa yang diharapkan tidak mencapai sepenuhnya akibat dominasi parti yg liberal dan bersifat cauvanis dan juga sosialis tanpa memahami intipati perlembagaan negara serta wasiat raja-raja Melayu. Hak Islam dan orang Melayu dicabar terang- terangan mengakibatkan kewujudan ketidakpuasan hati kaum yang lebih d